Tanah runtuh: Mayat ke-26 tiba di Hospital Sungai Buloh

  • 2 tahun lalu
BERITA SEMASA 21 DISEMBER 2022

Mayat ke-26 mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor tiba di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Selangor pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Mangsa dibawa menaiki kenderaan polis tiba jam 12.48 tengah hari untuk proses bedah siasat.

Tiga individu yang dua daripada warga asing dipercayai waris mangsa tiba di hospital berkenaan sekitar jam 12.35 tangah hari.

Laporan awal diterima mamaklumkan, mayat tersebut merupakan lelaki dewasa yang ditemui kira-kira jam 11.16 pagi di lokasi tanah runtuh.

Artikel: https://bit.ly/3G4T92z

#BeritaSemasa #SinarHarian