Sarjan dituduh terima rasuah RM2,000

  • tahun lalu
Sarjan dituduh terima rasuah RM2,000

BERITA SEMASA 16 DISEMBER 2022

Seorang anggota polis berpangkat Sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat atas pertuduhan menerima rasuah daripada suspek yang sedang disiasatnya dua tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Norhazarel Anuar Hamidon, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai Sarjan telah bersetuju menerima wang untuk dirinya sebanyak RM2,000 tanpa balasan daripada seorang lelaki yang mana tertuduh tahu lelaki itu dan rakannya merupakan suspek dalam kes yang sedang disiasat.

Artikel: https://bit.ly/3BFoY06

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian