Kutipan Hasil | JPJ kutip RM4.6 bilion sehingga 11 Disember

  • tahun lalu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil berjumlah RM4.6 bilion sehingga 11 Disember lepas iaitu melebihi sasaran RM4.12 bilion tahun ini.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim berkata kutipan berkenaan direkodkan menerusi pembayaran di 15 kaunter stesen ibu pejabat JPJ, 66 pejabat cawangan selain 22 cawangan di Pusat Transformasi Bandar (UTC) serta Kaunter Bergerak JPJ dan Kios Layan Diri JPJ.