Fun Fair di Puncak Alam rupanya tiada lesen
  • tahun lalu
Fun Fair di Puncak Alam rupanya tiada lesen

BULETIN TIKTOK 13 DISEMBER 2022

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) mengesahkan aktiviti hiburan pesta ria (funfair) di Puncak Alam, Selangor, tidak mendapat kelulusan dan lesen operasi daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat berkata, penganjur telah beberapa kali mengemukakan permohonan lesen hiburan, namun didapati tidak lengkap.

Menurutnya, penganjur sepatutnya mengemukakan permohonan lesen dalam tempoh 45 hari kepada Jabatan Perlesenan MPKS bagi mendapatkan ulasan daripada jabatan teknikal lain seperti Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta pihak polis.

Artikel: https://bit.ly/3v45nU1

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #malaysiaberintegriti