'Enggan pindah sebab sayang tinggal harta'

  • tahun lalu
'Enggan pindah sebab sayang tinggal harta'

BERITA SEMASA 13 DISEMBER 2022

Ada segelintir mangsa terjejas banjir di daerah Rantau Panjang dan Pasir Mas, Kelantan enggan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana sayang tinggalkan harta benda di kediaman masing-masing, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, perkara itu mengakibatkan usaha pasukan penyelamat berdepan kesukaran bagi memindahkan mereka ke kawasan selamat.

Bagaimanapun, keadaan dapat diatasi apabila mangsa terjejas berjaya dipujuk untuk segera berpindah ke PPS sebagai langkah keselamatan awal.

Artikel: https://bit.ly/3iNqNla

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian