PASCA PRU15: Cikgu Shukri rujuk rakan MB demi kemajuan Perlis
  • tahun lalu
PASCA PRU15: Cikgu Shukri rujuk rakan MB demi kemajuan Perlis

BERITA SEMASA 22 NOVEMBER 2022

ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli nekad akan merujuk kepada rakan-rakan dalam pentadbiran dan bekas Exco Kerajaan Negeri Perlis bagi memastikannya dapat melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar dengan baik, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Nurazlina Jamaludin.

Mohd Shukri yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Shukri bagaimanapun meminta rakyat Perlis faham dan tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana tugas mentadbir negeri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Terdahulu Mohd Shukri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis kelapan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, Arau.

Artikel: https://bit.ly/3ESeRqU

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15