PRU15 | BN Terengganu sedia bantu rakyat ketika banjir
  • tahun lalu
Barisan Nasional (BN) Terengganu sentiasa bersedia membantu rakyat sekiranya bencana banjir melanda negeri itu berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata ia sudah menjadi rutin bagi UMNO dan BN untuk tampil ke hadapan membantu rakyat setiap kali mereka berada dalam kesusahan.