Banjir | Kementerian Pertahanan sedia gerak aset ketika PRU15

  • 2 tahun lalu
Kementerian Pertahanan bersedia menggerakkan aset bagi menghadapi banjir besar sekiranya terjadi dalam tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata isu banjir akan diatasi secara bersama menerusi koordinasi kerajaan negeri serta agensi berkaitan.