PRU15 | PN bertanding di Sarawak bukan jamin pakatan bersama GPS

  • 2 tahun lalu
Keputusan Perikatan Nasional (PN) bertanding di Sarawak tidak menjamin pakatan politik dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam menubuhkan kerajaan selepas 19 November.

Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut menjelaskan GPS setakat ini tidak terikat dengan mana-mana pakatan politik di semenanjung.

Katanya, GPS kini fokus untuk mencipta kemenangan besar pada PRU15 sekali gus kekal jadi penentu kerajaan baharu yang lebih stabil.