PRU15 | PKR Sarawak sah bertanding 16 kerusi Parlimen
  • 2 tahun lalu
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak akan bertanding di 16 kerusi pada PRU15.

Ia termasuk kerusi tunggal parti itu di Sarawak, iaitu Parlimen Miri, yang sebelum ini disandang Dr Michael Teo.

Jelas Pengarah Pilihan Raya PKR Negeri, Abang Zulkifli Abang Engkeh, perkara itu diputuskan Majlis Pimpinan Pakatan Harapan negeri dalam mesyuaratnya baru-baru ini.