Banjir | Tiga kampung dilanda banjir, dua PPS dibuka

  • 2 tahun lalu
Seramai 64 orang dari 14 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara, PPS di daerah ini selepas kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan lebat semalam.

Kejadian tersebut menyebabkan 14 kediaman di Kampung Batu Talam, Kampung Ulu Atok dan Kampung Jenud terjejas selepas limpahan air dari Sungai Batu Malim dan Sungai Semantan.