PRU15 | Isu tempatan bukan tumpuan pengundi muda

  • 2 tahun lalu
Isu tempatan bukan perkara utama ditumpukan pengundi muda atas pagar dalam mempertimbangkan calon mana yang mahu diundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

Pengasas Bersama Undi18, Qyira Yusri melihat, mereka sebaliknya lebih cenderung memilih calon yang mengangkat isu nasional memandangkan ramai yang tidak tinggal di kawasan mereka mengundi.