PRU15 | Pas sasar menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen

  • 2 tahun lalu
Pas menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 40 daripada lebih 60 kerusi Parlimen yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata parti itu yakin mampu kekalkan penguasaan kerusi Parlimen di tiga negeri yang ditadbir Pas iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, selain mempunyai potensi untuk menang kerusi di Pahang serta Perlis.