PRU15 | PH Terengganu sasar tawan empat kerusi Parlimen

  • 2 tahun lalu
PH Terengganu sasarkan untuk menawan empat dari lapan kerusi Parlimen yang dipertandingkan di negeri itu pada PRU15.

Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata , ia merangkumi Parlimen Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman dan Dungun.

Ujar beliau, lokasi yang menjadi sasaran itu merupakan kawasan yang celik maklumat dengan mempuyai ramai anak muda dan institusi pendidikan.