PN Perak anggap Nik Omar, Shamsul Iskandar nama biasa
  • tahun lalu
PN Perak anggap Nik Omar, Shamsul Iskandar nama biasa

BERITA SEMASA 30 OKTOBER 2022

Perikatan Nasional Negeri Perak tidak gentar dengan kehadiran beberapa calon Pakatan Harapan yang dikatakan nama besar dan bertanding di kerusi Parlimen negeri itu pada PRU15, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, calon PN negeri itu diyakini mampu berdepan calon lawan antaranya bekas Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Nik Omar Nik Abdul Aziz yang merupakan anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Datuk Seri Shamsul Iskandar pula merupakan penyandang kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya di Melaka diumumkan bertanding mewakili calon PH di Bagan Datuk.

Artikel: https://bit.ly/3TW6ikc

#BeritaSemasa #SinarHarian