'Hati saya jatuh cinta dengan Kubang Kerian' - Tuan Ibrahim
  • last year
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini memberikan bayangan mengenai hasratnya pada Pilihan Raya ke-15 untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian yang disandangnya.

Namun katanya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Karnival KASA 2022, dia tetap menyerahkan keputusan muktamad mengenai perkara itu kepada pucuk pimpinan parti.

Sumber video: https://www.facebook.com/ustaztitm/videos/5502369006520302
Recommended