'Pandai tak saya main?' - Gelagat Tunku Azizah gesek biola Tun Siti Hasmah mencuit hati
  • 3 years ago
Gelagat Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bergurau senda dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menerusi dua rakaman video yang dikongsi dalam akaun Instagram ternyata mencuit hati netizen.

Dalam video terbabit, Raja Permaisuri Agong dilihat menggesek biola milik Dr Siti Hasmah sambil mengakui ia kali pertama baginda memegang alat muzik berkenaan.

"Pertama kali dalam hidup saya pegang biola...esok nak pergi beli biola dan belajar dari Tun Hasmah, " katanya dalam akaun Instagram airtangan_tunkuazizah's.