Rara lebih popular dari Wong Tack, dia calon boleh menang - Loke
  • last year
Pemilihan calon DAP untuk kerusi Parlimen Bentong mencetuskan beberapa siri peristiwa yang akhirnya menyaksikan penyandangnya, Wong Tack memilih untuk mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.

Dalam temu bual eksklusif bersama Malaysiakini, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menegaskan pemilihan Young Syefura Othman sebagai calon kerana dia dilihat lebih popular di kalangan penduduk tempatan berbanding Wong.

Menurut Loke, ini berdasarkan hasil tinjauan Merdeka Center di Bentong serta cadangan daripada jawatankuasa DAP negeri.