PRU15 | Pelik! Masih sokong walaupun didapati bersalah

  • 2 tahun lalu
Tindakan sesetengah penyokong figura politik yang jelas telah didapati bersalah oleh mahkamah mencetuskan persoalan sepanjang pemerhatian Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff ke atas landskap politik Malaysia.

Felo Penyelidik Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu akui beliau pelik serta keliru dengan tindakan sesetengah penyokong figura politik di negara ini.