‘Najib hilang kelayakan tanding PRU’
  • 2 tahun lalu
‘Najib hilang kelayakan tanding PRU’

BERITA SEMASA 14 OKTOBER 2022

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin terpaksa melupakan hasrat untuk bertanding pada PRU15 kecuali mantan Presiden UMNO itu mendapat pengampunan diraja dalam masa terdekat walaupun peluang berkenaan tipis.

Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, Perkara 48(5) Perlembagaan Persekutuan menetapkan sekatan bagi seorang yang dijatuhi hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun atau dihukum denda tidak kurang daripada RM2,000 untuk dilantik sebagai ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kecuali dia sudah mendapat pengampunan bebas.

Malah, katanya rayuan pengampunan yang sedang dibuat oleh Datuk Seri Najib hanya membolehkan beliau menghabiskan tempoh penggal Parlimen yang lepas sebagai Ahli Parlimen Pekan, dan tempoh tersebut telah tamat dengan pembubaran Parlimen.

Artikel: https://bit.ly/3evZZEk

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PRU15