Jambatan Runtuh | Peruntukan lebih RM2 juta

  • 2 tahun lalu
Lebih RM2 juta diperuntukkan bagi menggantikan tujuh jambatan runtuh atau tidak selamat yang menjadi laluan utama komuniti Orang Asli di Pos Simpor dan Pos Gob, Gua Musang, Kelantan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff , jambatan yang terletak di laluan sepanjang 34 kilometer bermula dari Pos Simpor menuju ke Pos Gob itu sering mengalami kerosakan terutamanya ketika musim hujan.