Jambatan Runtuh | Harapan guna jambatan semasa raya berkecai
  • 2 tahun lalu
Harapan 1,000 penduduk Kampung Batu Enam di Gua Musang, Kelantan untuk menggunakan jambatan baharu menjelang Hari Raya Aidilfitri hancur berkecai apabila jambatan yang sedang dalam pembinaan itu runtuh dihanyutkan arus deras Sungai Galas.
Jambatan yang dibina merentasi Sungai Galas itu runtuh pada Khamis selepas hujan lebat tanpa henti selama lebih 10 jam di kawasan berkenaan.