PRU15 | Jentera GPS diaktifkan segera di 31 kawasan Parlimen Sarawak

  • 2 tahun lalu
Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengaktifkan kesemua jentera parti di 31 kawasan Parlimen sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selaras dengan pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa pada Isnin.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata mandat sudah dikembalikan dan kini terpulang kepada rakyat untuk menentukan hala tuju dan masa depan negara.