Bajet 2023: RM500 untuk Inisiatif Cahaya Mata

  • 2 tahun lalu
Bajet 2023: RM500 untuk Inisiatif Cahaya Mata

BERITA SEMASA 7 OKTOBER 2022

Pemberian sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun 2023.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2023 berkata, bantuan itu disediakan di bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM150 juta.

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Artikel: https://bit.ly/3SFKLvg

#Bajet2023
#Belanjawan2023