Kes 1MDB | Najib dijanjikan sumbangan tambahan AS$1.17 bilion - Saksi

  • 2 tahun lalu
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak dijanjikan sumbangan tunai tambahan AS$1.17 bilion daripada seorang individu yang didakwa sebagai ahli keluarga diraja Arab Saudi bagi menghargai usaha bekas Perdana Menteri itu memperkenalkan Islam ke seluruh dunia.

Berdasarkan dua pucuk surat yang dibacakan di mahkamah oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, wang tunai itu dijanjikan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib oleh putera Arab Saudi, Saud Abdulaziz Majid Al Saud melalui dua transaksi, AS$375 juta pada 1 November 2011 dan AS$800 juta pada 1 Mac 2013.

Disyorkan