1MDB | Ismee sahkan RM2.28 bilion masuk ke akaun Najib

  • 2 tahun lalu
Bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Ismee Ismail mengesahkan sebanyak RM2.28 bilion wang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.menerusi carta aliran yang ditunjukkan kepadanya oleh pasukan pendakwa,

Menurut saksi ke-13 itu, beliau bersetuju wang berjumlah besar tersebut masuk ke dalam akaun AmBank yang berakhir dengan nombor 694 dan 880 milik Datuk Seri Najib.