[TERKINI] MKT UMNO setuju Parlimen dibubarkan tahun ini

  • 2 tahun lalu
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini bersetuju untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan tahun ini juga.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, berdasarkan keputusan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan tarikh pembubaran kepada Yang di-Pertua Agong selaras perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.