PRU15 | MKT UMNO setuju Ismail Sabri calon PM

  • 2 tahun lalu
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Khamis sebulat suara mencadangkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkara itu dipersetujui pada Mesyuarat MKT UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.