Jiwa SME | Dulu suri rumah, kini usahawan spa

  • 2 tahun lalu
Hanya bermula di rumah dengan menjual pelbagai produk secara dalam talian, seorang suri rumah akhirnya bergelar usahawan, apabila berjaya membuka kedai spa sendiri.

Malah, pengalaman membuat promosi dalam talian dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Nor Azila Abdul Azib, 39, untuk membuka nyiru spa pada 2016 di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang.