Jiwa SME | Media sosial lonjak usahawan peneram, bahulu
  • 2 tahun lalu
Berniaga di pinggir jalan, pasar tani dan pasar malam sekali-sekala diuji dengan hujan lebat dan ribut.

Ia memberi pengalaman luar biasa buat peniaga kuih peneram dan bahulu, Nor Azizah Amri dari Bagan Serai, Perak untuk menjadi usahawan yang cekal.

Berkat kegigihan sejak memulakan perniagaan pada 2008, syarikat yang diterajuinya, Nab Food Industri Sdn. Bhd. terus berkembang dan beliau sendiri dinobatkan sebagai Peladangnita Terbaik sewaktu Pameran Pertanian, Hortikultur Dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022.
Disyorkan