Salah Guna Kuasa | Guru besar wanita ditahan SPRM

  • 2 tahun lalu
Seorang guru besar wanita di sebuah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan dengan membeli barangan sekolah melalui dua syarikat milik anaknya sejak tahun 2019.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berkata, wanita berusia 58 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani, pada pukul 1 tengah hari Isnin.