MA63 | Suara satu pertiga wakil Sabah & Sarawak di Parlimen penting

  • 2 tahun lalu
Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mahu pemimpin di peringkat pusat bersatu hati untuk mengembalikan satu pertiga wakil Sabah dan Sarawak di Parlimen selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Tegasnya jumlah itu bukan sekadar angka tetapi kunci untuk mengukuhkan titik keadilan dalam Perlembagaan Persekutuan antara parti di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.