Tuntutan MA63 | Penurunan kuasa penting untuk pembangunan Sabah, Sarawak
  • tahun lalu
Penurunan kuasa kepada agensi teknikal di Sabah dan Sarawak dijangka diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet pada 4 Januari ini.

Ia termasuk kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), yang disifatkan sebagai penting dan satu langkah ke hadapan.

Pensyarah Kanan Politik Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr Firdausi Suffian berpandangan penurunan kuasa berkenaan mampu memastikan kedua-dua kerajaan negeri itu merencana pembangunan mereka sendiri, sekali gus mengurangkan karenah birokrasi.
Disyorkan