Banjir Baling | Kerajaan umum peruntukan tambahan sebanyak RM17.8 juta
  • 2 tahun lalu
Kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan RM17.8 juta bagi proses pemulihan termasuk pembinaan rumah baharu susulan bencana banjir dan kepala air yang berlaku di beberapa kawasan sekitar Kupang, Baling, Julai lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis bailey yang digunakan ketika ini.
Disyorkan