Banjir Baling, Kedah | Agong bantu sekolah agama terkesan banjir
  • 2 tahun lalu
Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Al-Kahriah, Baling, Kedah yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara, sumbangan itu disampaikan melalui juruiring tentera udara baginda yang juga Pengarah Operasi Pasukan Bantuan Bencana Istana Negara, Brigadier Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, pada Khamis.