Portal Aduan Buli | 69 aduan diterima sejak dilancarkan

  • 2 tahun lalu
Kementerian Pendidikan telah menerima 69 aduan berkaitan kegiatan buli di sekolah di seluruh negara melalui portal aduan buli, sejak ia dilancarkan minggu lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin berkata, daripada jumlah itu, satu aduan yang disalurkan menerusi platform Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) telah diselesaikan.