Setiap aduan diterima perlu ditangani - Maszlee

  • 5 years ago
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini meminta semua kakitangan kementerian itu untuk memastikan setiap aduan yang diterima, harus ditangani dengan baik bagi membolehkan semua permasalahan itu diselesaikan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KPM Tahun 2018 di Nilai hari ini.

Majlis APC KPM Tahun 2018 meraikan seramai 731 penerima bertujuan mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada warga kementerian terdiri daripada ibu Pejabat, Jabatan Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta PERMATA yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang selain menjadi agen penggerak kepada budaya dan penyampaian perkhidmatan secara produktif dan berkualiti.

Recommended