Kelestarian | Sabah cadang pinda enakmen hutan seiring Akta Perhutanan

  • 2 tahun lalu
Kerajaan Sabah bercadang meminda enakmen hutan 1968 bagi memastikan kerangka perundangan perhutanan negeri dapat bergerak seiring dengan pindaan terhadap Akta Perhutanan Negara (APN) 1984 diluluskan Dewan Rakyat pada Julai lepas.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata cadangan pindaan itu juga merangkumi aspek lebih mencabar dalam dunia perhutanan dewasa ini, termasuklah untuk memenuhi agenda antarabangsa bagi mengatasi isu perubahan iklim, mitigasi melalui perdagangan karbon dan pemuliharaan biodiversiti.