Pengangguran Belia | Graduan berhak pilih kerjaya seiring dengan komitmen
  • tahun lalu
Ramai graduan memilih kerjaya kerana mahukan gaji yang setimpal seiring dengan peningkatan kos sara hidup ketika ini dan hutang pendidikan yang ditanggung.

Menurut Pensyarah (Pembangunan Belia) Fakulti Pengajian Pendidikan dan Pengetua Kosass UPM Prof Madya Dr Mohd Mursyid Arshad, itu faktor utama masalah pengangguran dalam kalangan belia dan ia semakin meruncing susulan kadar gaji upah yang rendah.