Berpakaian Ihram | TH diarah dapatkan maklumat kepulangan wanita

  • 2 tahun lalu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad telah mengarahkan Tabung Haji untuk menghubungi Jabatan Imigresen bagi mendapatkan maklumat kepulangan seorang wanita berpakaian ihram lelaki ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.

Beliau berkata pihaknya juga membuat siasatan lanjut untuk mendapatkan maklumat berhubung tempat asal wanita berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa negeri terlibat untuk tindakan lanjut.