PRU15 | Nurul Izzah ketuai jentera di Pulau Pinang, Kedah, Perlis

  • 2 tahun lalu
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar diberi tanggungjawab mengetuai jentera di tiga negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Nurul Izzah akan mengetuai jentera Pulau Pinang, Kedah dan Perlis selepas pelantikannya dipersetujui sewaktu pertemuan ketua cabang di Bayan Baru, pada Khamis.