Sektor Kecantikan | KKM tidak setuju longgar prosedur

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini tidak bersetuju dengan beberapa cadangan yang dikemukakan pihak industri perkhidmatan kecantikan untuk melonggarkan beberapa prosedur amalan yang ditawarkan mereka.

Menurut Menterinya, Khairy Jamaluddin, beberapa prosedur perkhidmatan yang diamalkan oleh pemain industri berkenaan dilihat mempunyai risiko kesihatan tertentu.