Jiwa SME | Promosi media sosial lembaran baru buat syarikat tradisional

  • 2 tahun lalu
Penularan COVID-19 di Malaysia membuka ruang luas buat usahawan kecil dan sederhana belajar untuk adaptasi teknologi dalam segenap aspek.

Syarikat yang biasanya menggunakan media tradisional dalam urusan mereka kini mula mengubah cara mereka menjalankan perniagaan agar dapat bertahan ketika tempoh sukar tersebut.

Obiz Webster & Studio Provider di Johor, antara yang ambil langkah berani, menggunakan platform media sosial bagi mendapatkan akses pasaran ketika pandemik.