Jiwa SME | Usahawan OKU bangkit dengan promosi online

  • 2 tahun lalu
Ketika usahawan lain ada yang terpaksa menutup kedai selepas pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu, syarikat MySis Trading masih bertahan walaupun kehadiran pelanggan merosot 60 peratus.

Pemilik syarikat itu, Mohamad Yusoff Shaikh Ismail, 43, tekad meneruskan perniagaan cetakan, sulaman dan cenderahati dengan menghasilkan produk berkualiti pada harga murah.