Kesihatan Najib agak teruk, perlu dibawa ke hospital - Pendakwa raya
  • 2 years ago
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi dimaklumkan bahawa bekas perdana menteri Najib Razak perlu dihantar ke hospital kerana keadaan kesihatannya dilaporkan agak teruk.

Timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram memaklumkan, seorang pegawai Penjara Kajang memaklumkan kepada pihak pendakwaan bahawa perkara itu berkaitan dengan ubat tekanan darah Najib yang telah diubah.