Kenyataan perkauman: Polis siasat Abdul Hadi
  • 2 tahun lalu
Kenyataan perkauman: Polis siasat Abdul Hadi

BERITA SEMASA 29 OGOS 2022

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan kenyataannya yang mendakwa komuniti bukan Islam dan bukan bumiputera adalah golongan paling banyak terbabit rasuah.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner A. Skandaguru berkata, Tan Sri Abdul Hadi akan dipanggil ke Bukit Aman dalam masa terdekat

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Artikel: https://bit.ly/3KvX5v0

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa