Saya tak pernah minta Ismail Sabri gugur kes: Zahid
  • 2 tahun lalu
Saya tak pernah minta Ismail Sabri gugur kes: Zahid

MOJO LIVE 27 OGOS 2022

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tidak pernah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob campur tangan untuk menggugurkan kes mahkamahnya, lapor wartawan Sinar Harian, Fahiz Ariff.

Ia sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau terdesak untuk menyegerakan PRU15.

Beliau berkata demikian pada sesi Taklimat Khas Presiden UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Susulan itu juga, beliau memaklumkan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dijangka berlangsung malam ini.

Artikel: https://bit.ly/3CGma4x

Muzik: Elevate dari www.bensound.com


#SinarHarian #BeritaSemasa