Rosmah hadir teman Najib di Mahkamah KL
  • 2 tahun lalu
Rosmah hadir teman Najib di Mahkamah KL

BERITA SEMASA 25 OGOS 2022

Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur pada jam 12.25 tengah hari bagi mengikuti perkembangan 1MDB bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Datuk Seri Najib menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) jumlah yang sama.

Selasa lalu, Beliau dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Artikel: https://bit.ly/3PJea5n

#BeritaSemasa #SinarHarian