Banjir | DBKL sedia bantu kawasan terjejas di Lembah Klang
  • 2 tahun lalu
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan turut membantu membersihkan kawasan pasca banjir melibatkan jentera berat di kawasan luar ibu kota khususnya di Lembah Klang.

Setakat ini, lebih 20 lori dan 10 mesin pengorek telah digerakkan bagi membantu membersihkan kawasan terjejas banjir di Hulu Langat, Selangor serta Bentong, Temerloh dan Mentakab di Pahang.