RUU GEG tak kacau atas 18 tahun, merokoklah sampai mati - KJ

  • 2 years ago
Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan mewujudkan Generasi Penamat (GEG) hanya akan membabitkan golongan yang lahir selepas 1 Jan 2007.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, RUU itu tidak akan menghalang mana-mana individu yang berumur 18 tahun ke atas yang sedang merokok.

Khairy berkata demikian ketika membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua.